MEASAT-3 merupakan sebuah satelit milik Malaysia dijangka bakal ditamatkan servis perkhidmatan setelah dikesan menghadapi masalah misteri sewaktu mengelilingi sekitar orbit. Satelit komunikasi ini telah berkhidmat hampir 15 tahun dalam memacarkan siaran televisyen kepada rakyat Malaysia.

Pada bulan Jun yang lalu, satelit ini sudah menunjukkan masalah yang dihadapi pada satelit tersebut selepas tidak mengikuti laluan orbit yang sepatutnya lalu menyebabkan gangguan servis siaran kepada pelanggan. Perkara ini telah berlanjutan sehingga ke hari ini dan tidak boleh beroperasi seperti sedia kala.

vocket-tech-news-measat-1
Sumber Gambar: Wikipedia

Pihak Measat menyatakan menerusi ujian dan usaha pembaik pulih yang dilakukan mendapati satelit ini tidak boleh menawarkan servis pemancarnya lagi. Satelit ini bakal ditamatkan servis apabila ia sudah keluar daripada orbit sepenuhnya dan masih belum terdapat tarikh spesifik bagi perancangan memusnahkan MEASAT-3 tersebut.

Dikhabarkan tiada sebarang serpihan yang akan menimpa pada kapal atau satelit lain apabila ia dimusnahkan kelak. Sehubungan dengan itu, pihak Measat telah memaklumkan kapal ini bakal digantikan dengan model terbaru, MEASAT-3D seawal tahun 2022 yang menyokong resolusi video 8K dan sambungan internet yang mencapai 100Mbps.

Oleh disebabkan masalah ini, 40 kawasan di Sarawak dijangka alami masalah internet sehingga ke bulan ini.

40 Kawasan Di Sarawak Dijangka Alami Masalah Internet Sehingga Ogos Ini

50 Daerah Dengan Jumlah Aduan Masalah Tertinggi Rangkaian Telekomunikasi Di Malaysia

Sumber